Saturday 13 December 2014

MINERAL COFFEE



Mineral Coffee atau kopi mineral ialah kopi pertama di dunia dan mungkin satu-satunya kopi yang mengandungi garam buluh. Gabungan unik garam dan adunan kopi robusta tanpa gula ini memberikan kopi mineral satu rasa yang lazat serta kebaikan untuk kesihatan seluruh keluarga.

Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Kalau uolls nak tau, orang-orang Eropah kebanyakannya menambah garam ke dalam kopi dan hasilnya, kopi yang mereka minum itu mempunyai rasa yang lebih berlemak dan banyak buihnya. Selain dari menambah rasa, garam yang ditambahkan juga dapat mengurangkan rasa pahit kopi tersebut.



APA ITU GARAM BULUH?



Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.


Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. 

Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

Sesetengah garam yang ada dipasaran kini adalah garam tiruan disebabkan ianya lebih mudah dan murah untuk dihasilkan.

Akibatnya penggunaan garam berlebihan dan tiruan ini boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya untuk jangka masa panjang.


Untuk order boleh contact 019-2392549


No comments:

Post a Comment